nama

0
Silent Readers

Tema:Buah-buahan Bahasa Melayu Prasekolah

Salam kawan-kawan PPG UPSI dan semua yang sudi menjenguk ke laman blog saya.Saya merupakan guru prasekolah Pendidikan Khas di SK Puchong Utama 1.

Salah satu sukatan dalam matapelajaran Bahasa Melayu Prasekolah,saya gunakan tema buah-buahan.Antara BBM yang saya sediakan ialah seperti kad imbasan,pantun teka-teki dan lagu buah-buahan.

BBM ini sangat mudah dan saya kira amat sesuai dengan murid-murid prasekolah lebih-lebih lagi murid prasekolah pendidikan khas.
DAH BACA TU JEMPUT-JEMPUT LA KOMEN SEKALI

1
Silent Readers

renungan bersama




"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."

DAH BACA TU JEMPUT-JEMPUT LA KOMEN SEKALI

0
Silent Readers

Pantun teka-teki



Pantun teka-teki boleh oleh guru semasa langkah ke3 untuk menguji tahap ingatan murid-murid terhadap buah-buahan yang telah diperkenalkan kepada murid

Naik basikal pergi ke pekan,
Singgah membeli periuk belanga,  
Sungguh manis bila dimakan,
Kulitnya merah berambut pula.


Tiap pagi pergi ke sawah,
Mencari rezeki untuk keluarga,
Terkenal sebagai raja buah,
Durinya tajam tidak terkira.


Selepas subuh pergi ke kota,
Meraduk lumpur dan juga paya,
Buah ini mempunyai mahkota,
Badannya pula dipenuhi mata.





DAH BACA TU JEMPUT-JEMPUT LA KOMEN SEKALI

0
Silent Readers

lagu buah-buahan


DAH BACA TU JEMPUT-JEMPUT LA KOMEN SEKALI

0
Silent Readers

TEMA:BUAH-BUAHAN

BBM ini merupakan kad imbasan yang boleh digunakan untuk P&P Bahasa Melayu.Boleh juga digunakan untuk matapelajaran lain seperti muzik,Bahasa Inggeris cuma perlu menukar ejaan mengikut bahasa Inggeris la..Bagi matapelajaran Bahasa Melayu guru boleh memperkenalkan buah-buahan tempatan disamping mengajar ejaan,ataupun huruf-huruf vokal dalam perkataan.





















DAH BACA TU JEMPUT-JEMPUT LA KOMEN SEKALI

0
Silent Readers

GURU OH GURU!!!!


Sajak ini merupakan sajak ciptaan Usman Awang yang amat meninggalkan kesan dalam diri saya.Setiap kali mendengar sajak ini dideklamasikan saya rasa bulu roma saya menegak dan darah saya mengalir dengan laju..Tak tahu kenapa tapi mungkin guru-guru lain pun merasakan perkara yang sama..


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi                 



Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



USMAN AWANG

DAH BACA TU JEMPUT-JEMPUT LA KOMEN SEKALI

0
Silent Readers

sekapur sireh

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Saya merupakan guru prasekolah pendidikan khas dipuchong.ini merupakan tahun ke6 saya menjadi pendidik atau dalam kata lain guru larrr..saya merupakan seorang isteri da ibu kepada 3org cahayamata.puteri sulung Irdina 9thn,ke2 putera bernama Ikhwan dan sikecil Iman pn seorang puteri yang mana gaya dan kelasakannya seperti juga abngnya..Asal???????hmm saya berasal dari Tumpat,xpernah dengar?Tumpat tu satu daerah kecil di Kelantan.Rumah keluarga saya berhampiran kawasan bebas cukai di Pengkalan Kubur tu,kawan2 yang sesat atau nk shopping dikawasan tersebut boleh la contact tp waktu cuti sekolah jer ler...Ini merupakan semester ke2 saya berada diUPSI untuk PPG PJJ..Walaupun baru semester saya rasa macam dah kelam kelibut dibuatnya xtau la mcmmn sem2 berikutnya.Huhuhu.......Blog ini merupakan salah satu tugasan saya,sebenarnya da lama tahu tentang kewujudan blog-blog yang penggunaannya semakin meluas di Malaysia kini tetapi kesuntukan masa membuatkan saya tidak sempat untuk mempunyai akaun blog sendiri.Nasib baik ada tugasan Teknologi Maklumat Sekolah Rendah(TMSR) mewajibkan setiap pelajar mempunyai akaun blog sendiri,kalau tidak saya tidak akan melapangkan diri saya untuk menulis didalam blog saya.Kiranya saya masih hijau dalam dunia blog.Sudi-sudikanlah jenguk-jenguk blog saya dan tinggalkan komen anda untuk menambahbaik blog saya.


DAH BACA TU JEMPUT-JEMPUT LA KOMEN SEKALI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...